Forum NADI MAHIR Pengambilan ke 3 2026

10 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2026, bertempat di NADI Paya Jakas, telah berlangsung taklimat mengenai program NADI MAHIR yang dianjurkan oleh NADI. Pihak NADI telah menjemput beberapa penduduk setempat untuk memberi keterangan mengenai program-program yang ditawarkan di NADI secara percuma sejak Oktober 2024.

Program ini diterangkan dengan lebih teperinci oleh pengurus NADI iaitu cik Fateha serta dapat menarik minat penduduk setempat untuk mempelajari perkara baru yang ditawarkan oleh program NADI MAHIR ini.

Selain daripada itu, NADI telah membuat NADI x Wellbeing iaitu membuka kaunter untuk membuat saringan kesihatan percuma kepada yang hadir.
Diantara program yang ditawarkan secara PERCUMA adalah :
NADI x Entrepreneur
• NADI e-Kelas Usahawan
• NADI Preneur
• NADI EmpowHER
• NADI KidVenture
NADI x Lifelong Learning
• NADI Tiny Techies
• NADI Nurture
• NADI SkillForge
NADI x Wellbeing
NADI x Awareness

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali