Taklimat Program SMART Services di NADI

19 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Januari 2025, bertempat di NADI Paya Jakas, telah berlangsung taklimat mengenai program SMART Services yang dianjurkan oleh NADI. Pihak NADI telah menjemput beberapa penduduk setempat untuk memberi keterangan mengenai program-program yang ditawarkan di NADI secara percuma sejak Oktober 2024.

Program ini diterangkan dengan lebih teperinci oleh pengurus NADI iaitu cik Fateha serta dapat menarik minat penduduk setempat untuk mempelajari perkara baru yang ditawarkan oleh program SMART Services ini.

Selain daripada itu, NADI telah membuat NADI x Wellbeing iaitu membuka kaunter untuk membuat saringan kesihatan percuma kepada yang hadir.

Diantara program yang ditawarkan secara PERCUMA adalah :
NADI x Entrepreneur

NADI x Lifelong Learning
NADI x Wellbeing
NADI x Awareness.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali