Pertandingan Mobile Legends Bang Bang Peringkat NADI Musim Kedua

23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2025, bertempat di NADI Kampung Paya Jakas, telah berlangsung satu pertandingan Mobile Legends Bang Bang peringkat NADI Musim Kedua.

E-SUKAN NADI merupakan salah satu program Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam Perkhidmatan Pintar NADI.

Pertandingan ini dijalankan dengan 4 kumpulan yang berentap sehingga akhir dan pemenangnya adalah kumpulan Sinister Six yang mara ke peringkat Negeri Johor yang akan bertanding pada bulan 5 2025.

Acara ini berlangsung selama 7 jam bermula pada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali